Thursday, 31 May 2012

it's all about FINAL



Assalamualaikum . .
entry kali nehh memang menakutkan aku . .
FINAL EXAM, is around the corner dude . .

kalau korang tanya aku lah kan tentang preparation aku nak final neh, 
aku akan jawab, "aku tak ready wey, mana tak nye, RUNNINGMAN and TIDOO je keje aku . . :)
hahaha . . seriously aku tak study ape lagi . . mood aku tarakk -_-
*come here bebehh,  i need you :(

cuak weyy nak final . . nak dean list aku rase tak kot . .
sebab aku banyak main-main sem neh . . what the heck kan ? 
pastu, nak short sem lagi . .
then akan jadi senior . . yahooo!!
tapi, kau ready jela dengan tesis and jurnal bagai ye teyaa . . -_-

untuk sem 2 neh, aku tak dapat dean kot . . sebab bnyk hilang markah cause xdatang kelas lah, esaimen buat main-main lahh , presentation tak gempak lahh . . *ppfftttttt
tapi, aku akan try dapatkan dean list time short sem :)

so, doa-doakan lah kawan korang neh supaya jumpe jalan yang terang, sedar yang dye bakal menempuh sesuatu yang memang akan ditempuh tak kira ape yang jadi, kecuali MATI . .

doakan kejayaan aku . . . AMIN :)

Monday, 28 May 2012

rindu :(






ANTARA AKU DAN DIA ...

‎: "Assalamualaikum," sana.
"Wa'alaikumussalam. Ada apa?" sini.
"Terasa macam nak cakap dengan seseorang," sana.
"Fasal apa?" sini.
"Sibuk ke? sana.
"Agak," sini.
"Ok," sana.
"Allah ada," sini.
"Tahu," sana.
"Allahlah tempat MENGADU," sini.
"Ya baik," sana.
"Bangun. Malam ni. Jom sama," sini.
Senyap. Ada TANGIS di situ.
"Kan bagus kalau ada di sini," sana.
"Tak bagus pun," sini.
"Kenapa?" sana.
"Orang kata UKHUWAH tu lebih MANIS bila JAUH," sini.
"Bila DEKAT asyik nak GADUH," sana. Tergelak dalam sebak.
"RINDU SEBENARNYA," sini.
"Kenapa tak cakap?" sana.
"Saje. Nak DIDIK SABAR. Ada UJIAN yang jauh LEBIH BESAR tidak lama lagi," sini.
Sana senyap.
Sini senyap.
Dan titis itu tumpah juga. Berjuraian :'(

Friday, 25 May 2012

muslimwomeninhistory :)

myreadings:

Maybe she was looking in all the wrong places. After all, he was just a dunya guy, he would give her the happiness of the dunya for just a few day, weeks, months maybe and then they would never be the ‘happily ever after couple’ like Muhammad sallallahu alyhe wa sallam and Khadijah radi Allah hu Anha.
For she realized that a bond made for the sake of the dunya lacked the basic crucial ingredient: the barakah of Allah. If she started a relationship which wasn’t blessed by Allah subhanahu wa ta’ala, she would ruin her entire life for the man who looked so charming but whose heart was attached to the dunya.
She was concerned about her future progeny and she decided that she didn’t want to raise up her future children oblivious and ignorant of Islam. She decided that she’d look at his deen, his character and his ikhlaq, for if those qualities in him were well grounded, he would turn into the greatest blessing of her life - her better half.
With all the traffic of thoughts in her mind, she came across a verse in the Quran which lay open in her hands and the verse she saw made her cry and she made sincere dua from her heart and decided that she wanted her better half to be someone who would hold her hand, help bring the Sunnah and Shariah in her life, take her out for ice-cream, help solve all her problems and when he couldnt he would be just a good listener and also he would take her to jannah. The verse she read was:
One of His signs is that He created for you spouses of your own species, so that you might find comfort with them. And He put mutual love and affection in your hearts. Surely in this there are lessons for the thinking people.” [30:21]


1) Know their feelings
The Prophet salallahu alaihi wasallam was telling Sayyidah Aisharadiallahu anha : “I know well when you are pleased or angry with me. Aisha replied: How you know that? He said: When you are pleased with me you swear by saying “By the God of Mohammad” but when you are angry you swear by saying “By the God of Ibrahim”. She said: You are right, I don’t mention your name.”[1]
The husband and wife should be aware of each other’s feelings.  The husband should be able to gauge when his wife is upset or sad, likewise the wife should be able to read her husband’s behaviour.  By being conscious of one another’s feelings, it will help in resolving any differences. When your spouse is down or upset, be there to console him/her.  Sit with them, speak with them, listen to them.  Try and make them smile.  If the husband is always conscious of his wife’s feelings, and the wife is always conscious of the husband’s feelings, then this will assist greatly in keeping the ‘flicker’ alight.
2) Console her
Sayyidah Safiyah radiallahu anha was on a journey with the Prophetsalallahu alaihi wasallam.  She was late so the Prophet salallahu alaihi wasallam received her while she was crying. The Prophet salallahu alaihi wasallam wiped her tears with his own hands and tried his utmost to calm her down. [2]
This is another feature a marriage must have.  Each spouse has to be there for the other in the good and bad times.  The wife should find comfort and solace in the husband and the husband should find warmth and love in his wife.  Be gentle with one another.


Thursday, 24 May 2012

kata-kata mutiara :)

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian. 

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.



Kata-kata Hikmah Pujangga

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi. 

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya. 

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu. 

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

;Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.



Sunday, 20 May 2012

13 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH SEORANG MUSLIMAH






1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

) 5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Tuesday, 15 May 2012

MAKSUD DAN SEPULUH FAKTA TENTANG NAKBA ..






60 tahun yang lalu, lebih daripada 700,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal, harta benda, ladang, perniagaan, serta pekan dan bandar yang mereka diami. Militia Yahudi berusaha untuk mewujudkan sebuah negara dengan majoriti Yahudi di Palestin, tentera Israel telah menghalau rakyat palestin keluar dari tanah mereka. Israel pula dengan pesat memindahkan orang yahudi masuk ke dalam rumah Palestin yang baru dikosongkan. Nakba bermaksud "malapetaka" dalam bahasa Arab. Palestin merujuk Nakba “malapetaka”, sebagai kemusnahan masyarakat mereka dan sebagai rampasan tanah air mereka.

Sepuluh Fakta tentang Nakba

1. Nakba adalah punca masalah Israel / Palestin.

Nakba ditanda pada 15 Mei, hari selepas Israel mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada tahun 1948 ke atas tanah haram palestin.

2. Peristiwa traumatic ini mewujudkan krisis pelarian Palestin.

Dua pertiga daripada penduduk Palestin telah dibuang negeri menjelang akhir tahun 1948. Adalah dianggarkan bahawa lebih daripada 50% telah dihalau keluar di bawah serangan ketenteraan secara langsung. Selebihnya melarikan diri kerana penyebaran berita bahawa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh militia Yahudi di kampung-kampung Palestin seperti Deir Yassin dan Tantura.

3. Pemimpin Yahudi melihat "pemindahan" sebagai satu langkah penting dalam penubuhan Israel.

Pemimpin Yahudi bercakap secara terbuka bahawa keperluan menggunakan pertempuran tentera untuk mengusir seberapa ramai rakyat Palestin yang boleh sebelum negara-negara Arab yang lain datang untuk menyerang.

‘The Haganah militia’s Plan Dalet’ adalah pelan tindakan yang dikuatkuasakan Israel untuk pembersihan etnik ini. Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben Gurion, berkata "Kita mesti menggunakan keganasan, pembunuhan, ancaman, rampasan tanah, dan memotong semua perkhidmatan sosial untuk menghapuskan penduduk Arab di Galilee (Galilee adalah sebuah tasik yang dipanggil sebagai Laut Galilee)."

4. Ratusan kampung dan bandar Palestin telah musnah.

Tentera Yahudi telah mengosongkan lebih daripada 450 bandar-bandar dan kampung-kampung di Palestin. Sebahagian besar telah dirobohkan.

5. Harta dan barang milik rakyat Palestin diambil sesuka hati.

Kerajaan baru yang ditubuhkan Israel telah merampas tanah pelarian dan harta benda milik rakyat palestin tanpa keinginan untuk memberi peluang kepada rakyat palestin untuk kembali ke rumah masing-masing.

Sejarawan Israel, Tom Segev, melaporkan bahawa: “Entire cities and hundreds of villages left empty were repopulated with new [Jewish] immigrants… Free people – Arabs – had gone into exile and become destitute refugees; destitute refugees – Jews – took the exiles’ places in the first step in their lives as free people. One group [Palestinians] lost all they had while the other [Jews] found everything they needed – tables, chairs, closets, pots, pans, plates, sometimes clothes, family albums, books radios, pets…. “

6. Sebahagian rakyat palestin masih kekal atau tinggal di dalam apa yang dikenali sebagai Israel.

Sementara kebanyakan rakyat Palestin dihalau keluar, ada yang masih kekal di dalam Israel. Walaupun mereka (rakyat palestin) adalah rakyat negeri baru, mereka tertakluk kepada peraturan tentera Israel sehingga 1966.

Hari ini, penduduk Palestin di Israel terdiri daripada hampir 20 peratus daripada keseluruhan penduduk Israel. Mereka mempunyai hak untuk mengundi dan bertanding untuk mendapat jawatan.
Tetapi, lebih daripada 20 undang-undang keistimewaan diwujudkan untuk dinikmati oleh orang yahudi melebihi keatas orang bukan yahudi. Juga, hampir satu perempat rakyat Palestin yang menetap di dalam Israel telahpun "dipindahkan", dan mereka tidak dapat lagi untuk kembali ke rumah dan tanah mereka yang telah diambil Israel.

7. Kini, terdapat berjuta pelarian Palestin yang tersebar di seluruh dunia.

Hari ini, terdapat 4.4 juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan dianggarkan masih ada sekurang-kurangnya 1 juta lagi yang masih belum didaftarkan.

8. Pelarian mempunyai hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Semua pelarian mempunyai hak-hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kembali ke kawasan yang telah mereka larikan diri ataupun dipaksa keluar, untuk menerima pampasan bagi kerosakan yang telah berlaku, dan sama ada untuk mendapatkan kembali harta benda mereka ataupun menerima pampasan dan sokongan untuk penempatan semula secara sukarela. Hak ini telah jelas diakui dalam perjanjian damai terkini di Kemboja, Rwanda, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Guatemala, Ireland Utara, Kosovo, Sierra Leone, Burundi, dan Darfur. Hak ini walaupun telah diperakui untuk rakyat Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Resolusi 194 tahun 1948, Israel, bagaimanapun, masih tidak membenarkan pelarian Palestin untuk kembali, tetapi seorang Yahudi dari mana-mana tempat di dunia boleh menetap dan tinggal di Israel dengan sewenangnya.

9. Keadilan dalam menyelesaikan hak pelarian adalah penting untuk keamanan di Timur Tengah.

Majoriti besar rakyat Palestin percaya bahawa hak sebagai pelarian perlu dipenuhi bagi mengekalkan keamanan antara Palestin dan Israel. Mengikut tinjauan pada bulan Ogos 2007 oleh Jurusalem Media and Communications Center, hampir 70 peratus yakin bahawa pelarian perlu dibenarkan kembali kepada "tanah asal mereka".

10. Nakba mempunyai implikasi terhadap rakyat Amerika.

Israel berterusan menafikan hak rakyat Palestin melalui bantuan kewangan serta sokongan diplomatik tanpa syarat oleh Amerika Syarikat. Satu tinjauan telah dilakukan oleh Zogby di lapan buah negara Arab pada tahun 2002 menunjukkan bahawa "persepsi negatif terhadap Amerika Syarikat adalah disebabkan kerana dasar Amerika itu sendiri, dan bukan kerana tidak suka akan Barat." Tinjauan yang sama juga menunjukkan bahawa "isu Palestin telah disenaraikan oleh kebanyakan orang-orang Arab antara isu politik yang memberi kesan kepada diri mereka secara peribadi. “ Resolusi terhadap isu pelarian Palestin tidak syak lagi akan meningkatkan imej Amerika diperingkat antarabangsa, dengan membuktikan bahawa kerajaan AS menyokong segala usaha keganasan dan ketidakadilan dalam isu negara haram Israel terhadap Palestin.



#copy and paste. Allahuakbar!!

Sunday, 13 May 2012

kaulah ratu dihatiku :)


SELAMAT HARI IBU !!

buat ibuku yang tercinta, ASLILA BT. SARBUN..
selamat hari ibu along ucapkan..
terima kasih kerana sentiasa bersama along tak kire time along susah atau senang, sedih atau gembira, sihat atau sakit..
tak kire ape jua keadaan along, ibu sentiasa ada di sisi along..
ibu adalah orang yang paling penting dalam hidup along..
along akan banggakan ibu dan senangkan ibu suatu hari nanti..

love u ibu !

Thursday, 10 May 2012

pengalaman yang BEST :)

salam ..

kali neh aku nak ceritakan pengalaman pertama aku mengikuti program keluarga angkat dan khidmat masyarakat di Kg. Ganchong , Pekan, Pahang .. aku follow program neh pun sbb ade akak senior yg rapat nan aku ajak aku join .. lagipun dapat LC ( ala ala jam kredit la ) .. sebab tuhh aku join .. tapi aku cakap nan korang, memang best laa join program macam nehh ..

okay, 1st day aku smpai, kteorg buat mjlis pmbukaan program neh ,, tujuan utama program ni adalah untuk join sekola2 rendah .. macam ni, budak darjah 4,5 dan 6 tuhhh kene join program nan kiteorg sebab kiteorg kene jadi fasilitator dyeorg dalam program nehh .. mmg best lahh weyy .. layan pangai budak2 .. comel2 je dyeorg .. okay, sambung cite sal 1st day .. then kiteorg terus diserahkn kepada keluarga angkat masing2 .. aku dapat femly angkat yang best .. even aku xbanyak cakap, tapi aku try jugak tuk bercakap nan dyeorg .. nasib baik aku dapat same dengan senior Science Marine, so at least aku ade lahh kawan na berborak.. dye satu course dngn senior yg ajak aku pegi ni ..

2nd day aku start lahh ber-fasi dengan budak2 neh .. part aku kene jage budak darjah 6 .. hahaha .. memang kelakar lahh layan dyeorg .. aktiviti kiteorg penuh dengan game game, takde nak ceramah2 dehh .. tu yang seronok tuu .. tak sia-sia aku pegi join tau .. tapi, tak banyak habiskan mase dengan femly angkat aku sebab pack aktiviti sampai malam .. pastu kan, dapat la tau kiteorg kene buat persembahan tarian joget 1 Malaysia time majlis penutup ..  perhhh, tak menahan pulak aku nak menari kan = = '
seyess macam bodo weyy kene menari .. tapi LC punye pasal, takpela, aku redga .. haha

okay, neh 3rd day punye cite .. time neh pon same, bnyak buat aktiviti ngan budak2 neh .. melayan karenah dyeorg tuhh yang kadang2 kelaka, hilang penat aku .. pastu cam biase laa kene practise menari .. hehe :)

then, last day .. hahaha .. hari aku nak balik ke ukm balik .. time ni laa aku kene buat persembahan :)
kene menari depan TNC weyy :D
mau tak keras-keras pulak tangan kaki aku buat joget ala2 zapin uolss :)
pastu bergambar nan femly angkat aku buat kali terakhir .. sedeyyy .. tumpang umahh dyeorg, tapi tak dpt nak tolong banyak :(


ni gambar aku nan femly angkat :)


*muke aku penat sangat kan :)

tu jelahh cerite pengalaman aku ..
enjoyyy :)

Sunday, 6 May 2012

kerinduan yang mendalam sedalam ape ntah aku pun tak tau :)





heyy . .
aku rindu kau lahh kurus ..
disebabkan henset murah kau tuhh hilang, susah da aku nak contact kau ..
mane kauu .. baru je bape hari xjumpe, sumpah aku RINDU kau ..

hilang penat letih lelah aku bile balik- balik dari Pahang, masuk bilik, bukak fb and terus bukak im chat kau yang mengatakan kau rindu kat aku .. kat timeline aku punn ..
pastu kau bukak fb aku, kau tulis name kau .. 
rindu aku la tuhh :)
hilang penat taw bace semua tuh .. 
aku terharu sebab kau jarang sangat buat mcam tuh ..
tu maknanye aku yakin kau memang rindu kat aku :D


aku tau ..
nanti la ea ..
 aku jumpe kau .. 
alaa dekat je kann ..

~ i MISS you, mok~